Wednesday, July 14, 2010

Latihan Industri

Aku sekarang sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Tanah dan Galian..Seronok bila kakak-kakak dekat sini mula berceloteh dengan gaya mereka...hehehe..Kadang-kadang kerja banyak...Kadang-kadang tak ada kerja...Biasalah dah nama pun latihan industri......Yang penting enjoy ja dekat sini!!!!

*Dekat sini nak on9 pun boleh tapi kena la guna laptop dan broadband sendiri..Sebelum nak on9, kerja kena siap dulu...Janganlah kerja bertimbun tapi dah start meng ON9 kan diri!! Siapkan kerja dulu...


Bila Dah Jadi Pemimpin
Susahkan bila jadi pemimpin..Aku juga bercita-cita nak jadi pemimpin..Tak kisah la pemimpin sebuah syarikat ke..Banyak dugaan bila jadi pemimpin..Kena jaga hati banyak pihak..Kadang-kadang orang bawahan minta perkara yang pemimpin perlu tolak permintaan itu..Bila dah tolak mula la orang bawahan naik angin, marah dan melentingtak tentu pasal..Pemimpin akan berusaha memenuhi segala kehendak orang bawahannya..Mungkin sesetengah perkara pemimpin tidak dapat memenuhi kerana mempunyai alasan yang kukuh dan tidak main-main(bukan alasan bodoh)..Janganlah disebabkan satu permintaan yang tidak dapat dipenuhi, pemimpin terus diperburukkan kepada semua orang..Janganlah berfikiran sempit dan hanya tahu menyalahkan orang lain..Fikirlah kesalahan diri sendiri dahulu dan mengenal diri sendiri yang belum tentu sempurna.....
*Fikirlah dulu sebelum menyalahkan orang lain..Hormatilah pemimpin yang sering berusaha untuk memenuhi segala permintaan orang bawahannya...
INDAH nya bila diri ini seperti seorang Putera Kayangan!!!
Indahnya hidup ini jika dilahirkan sebagai seorang putera kayangan..Putera Kayangan tidak perlu mengemas rumah, masak dan melakukan sebarang kerja berkaitan dengan rumah..Bila pagi menjelma ada seorang pembantu datang mengejutkan putera..Tiap-tiap hari ada pembantu yang memasak makanan kegemaran..Bila tibanya masa untuk makan ada pembantu yang datang memanggil untuk makan..Indahnya jika mendapat kehidupan yang sempurna seperti ini..Pada sesiapa yang mengalami dan menjalani kehidupan seperti ini janganlah menindas orang lain..Pembantu-pembantu sering berusaha untuk memastikan putera mendapat segala keperluan...
*Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki..Janganlah dibenci atau dibuang...
SOLAT ADALAH TIANG AGAMA DALAM AGAMA ISLAM..
Solat adalah tiang agama bagi umat Islam..Solat lima waktu adalah wajib bagi seorang umat Islam..
Kepentingan melakukan solat:
1. Mendapat keredhaan Allah S.W.T
2. Mendekatkan diri dengan Allah S.W.T
3. Menjauhkan diri dari gangguan syaitan
4. Menghindarkan diri dari melakukan sebarang kejahatan
5. Hati sentiasa tenang dan tidak gelisah
6. Menghilangkan sifat benci sesama manusia
7. Sentiasa mendapat perlindungan dari Allah S.W.T
*Lakukanlah solat lima waktu dengan sempurna..Perbanyakkan solat sunat..Muhasabah diri anda...